SESI PENERANGAN KELEBIHAN MAJLIS SULH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN KEPADA 1 WOKSYOP BRIGED PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. SESI PENERANGAN KELEBIHAN MAJLIS SULH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN KEPADA 1 WOKSYOP BRIGED…

Dr. Zulzaidi Mahmod, 6 Februari 2024

Port Dickson I Satu sesi penerangan kelebihan Majlis Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan telah diadakan kepada anggota dan kakitangan 1 Woksyop Briged Port Dickson Negeri Sembilan. Turut hadir bersama dalam sesi tersebut adalah Mejar Ahmad Shamsul Rizal bin Mohd Zakaria (Pegawai Logistik 1 Woksyop Briged). Sesi penerangan telah disampaikan oleh Ketua Unit Sulh, Ybrs. Dr. Zulzaidi Mahmod.

Objektif sesi tersebut adalah untuk memberikan kefahaman kepada anggota dan juga isteri-isteri anggota yang hadir. Program tersebut dimulakan dengan majlis solat dhuha secara berjemaah dan diteruskan dengan sesi penerangan. 18 kes yang melalui Majlis Sulh di Mahkamah Syariah telah diterangkan termasuk kelebihan Majlis Sulh yang dipengerusikan oleh Pegawai Sulh yang dilantik.

UNIT SULH
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN

Skip to content