Program Literasi Undang-Undang Syariah Tahun 2024

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. Program Literasi Undang-Undang Syariah Tahun 2024

Program Literasi Undang-Undang Syariah Tahun 2024 merupakan inisiatif tahunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS). Tahun ini, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Port Dickson telah diberi tanggungjawab sebagai tuan rumah dan urus setia bagi program kali ke-8. Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 280 orang peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi kerajaan di Daerah Port Dickson.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman ibu bapa mengenai hak-hak anak menurut Undang-Undang Syariah serta Akta Kanak-Kanak 2001. Ia juga memberi pendedahan mengenai peranan ibu bapa dalam memastikan hak-hak anak terpelihara demi melahirkan generasi cemerlang.

Tajuk forum bagi program kali ini ialah “Permata Hati: Hak-Hak Anak dalam Undang-Undang Syariah dan Hak Anak dalam Akta Kanak-Kanak 2001”. Forum ini menampilkan:

   •       Puan Azlina binti Mohd Salleh (Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan),

   •       Tuan Dr. Zulzaidi bin Mahmod (Ketua Unit Sulh, JKSNS), dan

   •       Moderator Puan Zailifah binti Rosly (Pegawai Sulh, JKSNS).

Pameran Agensi

Sebanyak 9 agensi kerajaan turut menyertai program ini dengan membuka booth pameran, iaitu:

      1.   Bahagian Penguatkuasaan, JHEAINS

      2.   Pejabat MAINS (Kaunseling)

      3.   Pejabat Kebajikan Masyarakat Port Dickson

      4.   Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan

      5.   Lembaga penduduk dan pembangunan keluarga (LPPKN)

      6.   Bantuan Guaman Syarie Negeri Sembilan (ANSAR)

      7.   Unit Undang-Undang Keluarga, JHEAINS

      8.   Bahagian Sokongan Keluarga, JKSNS

      9.   Unit Sulh, JKSNS

Sebagai nilai tambah, program ini turut menampilkan pakar motivasi terkenal, YBhg. Dato’ Dr. Fadzilah bin Kamsah, yang menyampaikan ceramah bertajuk “Permata Hati: Hak-Hak Anak dan Peranan Ibu Bapa dalam Membangunkan Generasi Cemerlang”.

Kesimpulan

Program Literasi Undang-Undang Syariah 2024 mendapat sambutan yang menggalakkan, dan kejayaannya adalah hasil kerjasama erat antara pelbagai pihak. Program ini terus menjadi platform penting dalam mendidik masyarakat tentang aspek keadilan dan kebajikan menurut perspektif Syariah.

DSC 7353
DSC 7353
DSC 5679
DSC 5679
DSC 5683
DSC 5683
4
4
2
2
7
7
Skip to content