PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2024

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2024

5 Jun 2024 – Bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), bermula 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024, Pusat Sumber JKSNS telah mengatur slot kakitangan yang berminat untuk sama-sama hadir memeriahkan lagi Pesta Buku tahunan ini.

Sebanyak tiga slot lawatan telah diatur bermula 28 Mei hingga 30 Mei 2024. Seramai 11 kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan hadir mengambil peluang menambah koleksi buku-buku khusus perundangan.

Penglibatan pegawai dalam penganjuran PBAKL ini juga merupakan aktiviti tahunan Pusat Sumber JKSNS untuk memberi peluang kepada kakitangan dalam memudahkan mendapatkan tambahan koleksi buku-buku kajian Perundangan dan juga koleksi buku-buku peribadi.

Skip to content