Kes Mal

  1. Home
  2. »
  3. perkhidmatan
  4. »
  5. Prosedur Kes
  6. »
  7. Kes Mal
PELANGGAN YANG INGIN MENDAFTARKAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH HENDAKLAH MEMASTIKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT DIPATUHI

Pastikan pelanggan adalah bermukim/bermastautin dalam bidang kuasa tempatan mahkamah masing-masing dikenalpasti melalui butiran-butiran berikut:

» Kad Pengenalan
» Resit Pengenalan Sementara
» Surat Pengesahan Qaryah (daripada Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Ketua Pemuda, Ketua Persatuan Penduduk di Taman Perumahan). 
     
(Pastikan semua butir-butir perlu bagi setiap Pendaftaran Kes Mal telah lengkap dan ditandatangani.)

Membayar wang/fee secara tunai seperti yang tetapkan.
Kes yang menggunakan khidmat peguam hendaklah disertakan dengan memorandum perlantikan peguam, wakalah, salinan sijil peguam syar’ie dan fee secukupnya.
Pemohon hendaklah menyatakan dengan jelas dan khusus peruntukan undang-undang yang mana yang ingin dituntut di Mahkamah.

-“Contoh bagi kes fasakh disebabkan oleh suami telah cuai atau telah tidak mengadakan nafkah selama tempoh 3 bulan ialah Seksyen 53(1) (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 “.     

 -Tuntutan mut’ah ialah seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.
PENGKLASIFIKASIAN KES-KES SAMAN DAN PERMOHONAN
A. Kes-kes Saman
Tuntutan Penceraian
Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai
Tuntutan Pengesahan Rujuk
Tuntutan Cerai Ta’liq
Tuntutan Cerai Fasakh
Tuntutan Nafkah Isteri/Anak
Tuntutan Mut’ah
Tuntutan Nafkah Iddah
Tuntutan Hadhanah 

B. Kes-kes Permohonan
Permohonan Pengesahan Nikah
Permohonan Pengesahan Nikah Poligami
Permohonan Wali Hakim
Permohonan Keluar Islam
Perintah Tegahan
Notis Tunjuk Sebab
Injunksi
Permohonan Ex-Parte
Bertindak sebagai orang miskin
Skip to content