PENDAFTARAN KES JENAYAH
i. Pendaftar menyemak permohonan untuk memastikan sama ada Mahkamah berbidangkuasa atau tidak bagi mendaftarkan permohonan tersebut berdasarkan:
a) Kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa
b) Kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah :
– Hukuman maksimum yang diperuntukkan Enakmen yang sedang berkuatkuasa itu tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3000.00) atau pemenjaraan bagi tempoh dua (2) tahun atau kedua-duanya (bagi kes di Mahkamah Rendah Syariah) ; atau
– Hukuman maksimum yang diperuntukkan Enakmen yang sedang berkuatkuasa tidak melebihi Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5000.00) atau pemenjaraan bagi tempoh tiga (3) tahun atau kedua-duanya (bagi kes di Mahkamah Tinggi Syariah)
Permohonan disertakan dengan surat iringan mengeluarkan saman (jika kes saman), mendaftarkan kes dan kertas pertuduhan, jika kes tangkapan tanpa waran.
ii. Pendaftar tetapkan tarikh sebutan dan mengeluarkan saman (jika kes saman).
SEBUTAN KES
i. Jika saman/waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan :
a) Baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh (OKT)
b) Pastikan OKT faham dengan tuduhan yang dikenakan ke atasnya
c) Jika OKT tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan dan diterangkan sehingga faham
d) Dicatatkan pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
e) Jika mengaku salah, pastikan secara sukarela dan faham akibat dan kesan pengakuan salah
f) Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan
g) Sama ada OKT setuju terhadap fakta kes yang dibentangkan :
i) Jika bersetuju, OKT disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan
ii) Jika tidak setuju, tolak pengakuan salah dan kes dibicarakan
h) Dengar rayuan (mitigasi) dari OKT
i) Dengar hujahan balas Pendakwa terhadap rayuan (mitigasi) OKT
j) Hakim jatuhkan hukuman
ii) Jika OKT tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan dan menetapkan jaminan terhadap OKT
a) Keluarkan sepina kepada saksi-saksi
b) Dengar pemeriksaan utama terhadap saksi oleh Pendakwa Syarie
c) Dengar pemeriksaan balas saksi oleh OKT/Peguam
d) Dengar pemeriksaan semula saksi oleh Pendakwa Syarie
* setiap saksi akan menjalani proses b, c dan d
e) Hakim perintahkan OKT mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie
f) Jika tidak wujud kes Prima Facie, OKT diperintahkan membela diri dengan tiga (3) cara, sama ada:
i) Memberi keterangan bersumpah dan boleh disoal balas ; atau
ii) Memberi keterangan tidak bersumpah dan tidak boleh soal balas; atau
iii) Berdiam diri
h) Sekiranya OKT membela diri dengan cara (i) OKT boleh disoal balas dan OKT berhak memberi keterangan semula (jika ada);
i) Sekiranya OKT memilih (iii), Hakim boleh perintah mendengar saksi-saksi OKT memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie dan disoal semula oleh OKT;
j) Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah OKT
k) Hakim memberi keputusan sama ada OKT bersalah atau tidak;
l) Jika OKT tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya OKT bersalah, Hakim dengar mitigasi dan hujah balas Pendakwa dan jatuhkan hukuman;
m) Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah/Mahkamah Rayuan Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.