PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN JKSNS 2023

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN JKSNS 2023

SENDAYAN | Program pelancaran bulan kemerdekaan JKSNS telah diadakan di ibu
pejabat JKSNS dengan disertai seramai 80 kakitangan dari semua unit. Pelbagai
aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung.
Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YAA Tuan Haji Kamal Bashah bin
Dato’ Ahmad Tajuddin Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Sembilan. YAA Ketua Hakim Syarie telah melepaskan peserta larian kemerdekaan
yang disertai oleh kakitangan daripada pelbagai peringkat umur. Kibaran jalur
gemilang telah dibuat dalam program ini serta perbarisan kemerdekaan telah
dilakukan oleh peserta-peserta.
Program pelancaran sambutan bulan kemerdekaan 2023 adalah bertujuan untuk
menyemarakkan semangat jiwa merdeka kepada kakitangan JKSNS dan
menggalakkan gaya hidup sihat serta kecemerlangan dalam perkhidmatan di
kalangan warga Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan.
Program ini telah dikendalikan oleh Kelab Kebajikan dan Rekreasi JKSNS (KEJASA).
Semoga dengan usaha yang telah ditunjukkan oleh warga JKSNS ini akan terus
memacu JKSNS ke arah perkhidmatan yang cemerlang dan gaya hidup sihat yang
berkualiti.

Skip to content