Punca Kuasa

  1. Home
  2. »
  3. organization
  4. »
  5. Profil Korporat
  6. »
  7. Punca Kuasa
Perundangan Syariah Negeri Sembilan

Perjalanan Kes Mal dan Kes Jenayah di MTS dan MRS Negeri Sembilan adalah berdasarkan kepada bidangkuasa yang diperuntukkan di bawah :

1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003
Enakmen ini menetapkan struktur pentadbiran agama Islam termasuk bidang kuasa Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan.
2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pindaan) 2004
Merupakan pindaan kepada enakmen asal bagi menambah baik struktur dan peranan institusi agama di negeri ini.
3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003
Mengawal selia hal-hal berkaitan perkahwinan, perceraian, hak penjagaan anak, dan nafkah dalam komuniti Islam.
4. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003
Menyediakan prosedur sivil (Mal) dalam Mahkamah Syariah merangkumi pemfailan dan pengendalian kes sivil.
5. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003
Menggariskan peraturan berkaitan pembuktian dan jenis-jenis keterangan yang diterima dalam Mahkamah Syariah.
6. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003
Tatacara dan proses perjalanan kes jenayah syariah di Mahkamah Syariah termasuk siasatan dan perbicaraan.
7. Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dan Pindaan 2004
Menyatakan kesalahan jenayah syariah dan hukuman yang boleh dikenakan menurut perundangan negeri.
8. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004
Mengurus perkara berkaitan wasiat dan harta pusaka umat Islam mengikut hukum syarak.
9. Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005
Mengawal selia hal wakaf termasuk pendaftaran, pengurusan dan pelupusan harta wakaf.
10. Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005
Mengatur dan menyelia amalan tarekat tasawuf agar selari dengan ajaran Islam sebenar.
Skip to content