Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Darul Khusus (JKSNS).
Bersempena dengan kehadiran tahun baharu ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua warga kerja JKSNS, orang awam dan pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan Jabatan ini. Laman Web Rasmi JKSNS yang berwajah baru ini mempunyai nilai tambah berbanding Laman Web Rasmi sebelum ini yang bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan semua. Ia juga sebagai salah satu saluran penyebaran maklumat tentang peranan yang dimainkan oleh JKSNS selama ini.
Secara umumnya JKSNS berperanan untuk mentadbir hal ehwal kes-kes Mahkamah Syariah yang melibatkan orang awam, untuk mendapatkan keadilan dan pembelaan yang berlunaskan kepada peruntukan undang-undang. JKSNS sentiasa berusaha untuk menambah baik sistem penyampaian maklumat kepada semua lapisan masyarakat. Harapan kami agar Laman Web Rasmi yang berciri responsif dan lebih fleksibel ini dapat menyumbang dan menarik lebih ramai masyarakat untuk mengakses segala maklumat yang dikehendaki. Maklumat kini di hujung jari anda!
Kami berharap agar Laman Web Rasmi ini dapat membantu pengunjung mendapatkan maklumat yang diingini berkaitan hal ehwal pentadbiran kes di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan ini. Rakan pengunjung adalah dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan yang membina kepada Jabatan ini melalui ruangan Maklum Balas yang disediakan bagi menambahbaik dan mempertingkatkan lagi mutu maklumat di dalam Laman Web Rasmi ini. Selain itu juga saya memohon agar pengunjung mengundi di bahagian Undian bawah ini bagi mengetahui sejauh mana tahap kepuasan pengunjung terhadap laman web ini.
Sekian dan selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Darul Khusus, terima kasih.
YAA DATO’ KAMAL BASHAH BIN AHMAD TAJUDDIN
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan