NAFKAH (BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK))

Soalan 1:

Bekas suami enggan memberi nafkah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apakah tindakan yang perlu dilakukan?

Jawapan : 

Aduan boleh dikemukakan di FB Page Bahagian Sokongan Keluarga - BSK / emel Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Sembilan dengan memberikan maklumat aduan yang lengkap beserta no. telefon/emel yang dapat dihubungi bagi tujuan rujukan lanjut pihak kami.

Soalan 2:

Bagaimanakah untuk memohon bantuan Nafkah Isteri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlangsung?

Jawapan : 

Dana Pendahuluan/Bantuan nafkah boleh dipohon sepanjang tahun walaupun dalam tempoh PKP. Medium emel bagi tujuan penghantaran borang boleh digunakan oleh pelanggan. Permohonan akan diproses oleh BSK dalam tempoh yang munasabah dengan mengambil kira tempoh kelulusan oleh jawatankuasa dan pemprosesan bayaran.

Soalan 3:

Apakah yang perlu dilakukan jika sekiranya bekas Suami enggan untuk membuat pembayaran nafkah jika sekiranya telah mendapat perintah daripada Mahkamah? Siapakah yang boleh dihubungi jika sekiranya saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini?

Jawapan : 

Sekiranya bekas suami enggan membayar nafkah sepertimana yang telah diperintahkan, aduan pelanggaran perintah boleh dikemukakan kepada BSK melalui laman FB page Bahagian Sokongan Keluarga - BSK / Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Sembilan (Pautan seperti di atas). Aduan akan disemak dan diproses oleh BSK. Suatu surat peringatan akan dikeluarkan kepada suami/bekas suami sebelum tindakan selanjutnya seperti runding cara, pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah diambil oleh BSK. Tindakan selanjutnya ini (proses runding cara dan tindakan mahkamah) akan dilaksanakan selepas selesai PKP.