PELANGGAN YANG INGIN MENDAFTARKAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH HENDAKLAH MEMASTIKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT DIPATUHI :
- Pastikan pelanggan adalah bermukim/bermastautin dalam bidang kuasa tempatan mahkamah masing-masing dikenalpasti melalui butiran-butiran berikut:
» Kad Pengenalan » Resit Pengenalan Sementara » Surat Pengesahan Qaryah (daripada Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Ketua Pemuda, Ketua Persatuan Penduduk di Taman Perumahan).
(Pastikan semua butir-butir perlu bagi setiap Pendaftaran Kes Mal telah lengkap dan ditandatangani.)
- Membayar wang/fee secara tunai seperti yang tetapkan.
- Kes yang menggunakan khidmat peguam hendaklah disertakan dengan memorandum perlantikan peguam, wakalah, salinan sijil peguam syar’ie dan fee secukupnya.
- Pemohon hendaklah menyatakan dengan jelas dan khusus peruntukan undang-undang yang mana yang ingin dituntut di Mahkamah.
-“Contoh bagi kes fasakh disebabkan oleh suami telah cuai atau telah tidak mengadakan nafkah selama tempoh 3 bulan ialah Seksyen 53(1) (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 “.
-Tuntutan mut’ah ialah seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.
|