BIDANGKUASA KES FARAID ADALAH SEPERTI BERIKUT : I. Nilai harta pusaka melebihi RM100,000.00 - Bagi nilai pusaka yang melebihi RM100,000.00 permohonan hendaklah difailkan/didaftarkan terus ke Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan. II. Nilai harta pusaka tidak melebihi RM100,000.00 - Bagi nilai pusaka simati yang di bawah RM100,000.00, permohonan hendaklah difailkan/didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah di daerah di mana pemohon tinggal.
|
BUTIR-BUTIR PERLU ADA DALAM SETIAP PENDAFTARAN KES FARAID : Permohonan Persendirian/Peguam a. Borang Permohonan Pendaftaran Kes Faraid b. Salinan Kad Pengenalan Pemohon c. Salinan Kad Pengenalan Waris-waris d. Salinan dokumen berkaitan harta e. Jumlah Keseluruhan Harta Pusaka |