header2

PERKAHWINAN

Soalan 1:

Bilakah seseorang suami itu boleh dianggap mati? 

Jawapan :

Anggapan mati ialah apabila suami seorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain, hendaklah terlebih dahulu mendapat pengisytiharan anggapan kematian daripada Mahkamah Syariah.

Soalan 2:

Apakah sebab-sebab seseorang perempuan yang ingin berkahwin perlu mendapatkan kebenaran wali Hakim dari Mahkamah Syariah ? 

Jawapan :

Permohonan Wali Hakim dibuat apabila berlaku keadaan seperti berikut : 
a) Tiada wali yang sah dari nasab 
b) Wali ghaib 
c) Saudara baru / Muallaf 
d) Anak tak sah taraf 
e) Wali enggan 
f) Wali dalam ihram haji/umrah 
g) Wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat

Soalan 3 : 

Berapakah had umur minimum untuk seseorang berkahwin? Bagaimana sekiranya seseorang yang belum mecapai had umur tersebut ingin berkahwin?

Jawapan :

Seorang Lelaki mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, manakala umur minimum seorang perempuan pula mestilah  16 tahun. Sekiranya seseorang yang ingin berkahwin kurang daripada had umur tersebut perlulah membuat permohonan di Mahkamah Rendah Syariah bagi mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Soalan 4 : 

Apakah Poligami dan dimanakah permohonan Poligami boleh dibuat?

Jawapan :

Poligami ialah berkahwin lebih dari seorang perempuan. Permohonan Poligami boleh dibuat di  Mahkamah Tinggi Syariah.

Soalan 5 : 

Sekiranya seseorang berkahwin diluar Negara, apakah tindakan yang harus dilakukan?

Jawapan :

Perkahwinan itu haruslah mendapat pengesahan daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.Jika seseorang itu seorang bujang ketika berkahwin perlulah menfailkan Permohonan Pengesahan Nikah di Mahkamah Rendah Syariah.Manakala jika seseorang itu masih dalam ikatan perkahwinan (Poligami) haruslah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah.

PERSIDANGAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR TAHUN 2023
PERSIDANGAN PEJABAT KETUA PENDAFTAR TAHUN 2023
BENGKEL PENDAFTARAN MAHKAMAH SYARIAH DI PEJABAT TANAH DAN ISU-ISU SEMASA
BENGKEL PENDAFTARAN MAHKAMAH SYARIAH DI PEJABAT TANAH DAN ISU-ISU SEMASA
KUNJUNG HORMAT MENGADAP TUNKU BESAR TAMPIN, YANG TERAMAT MULIA TUNKU SYED RAZMAN IBNI ALMARHUM TUNKU SYED IDRUS AL QADRI
KUNJUNG HORMAT MENGADAP TUNKU BESAR TAMPIN, YANG TERAMAT MULIA TUNKU SYED RAZMAN IBNI ALMARHUM TUNKU SYED IDRUS AL QADRI
loader