MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 1445H
28 SEPTEMBER 2023 | JJabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) yang diwakili oleh 50 orang kakitangan telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan 1445H pada 28 September 2023 yang berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Seremban. Baca selanjutnya...
PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN JKSNS 2023
30 Ogos 2023 | Program pelancaran bulan kemerdekaan JKSNS telah diadakan di ibu pejabat JKSNS dengan disertai seramai 80 kakitangan dari semua unit. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung.
Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh YAA Tuan Haji Kamal Bashah bin Dato' Ahmad Tajuddin Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. YAA Ketua Hakim Syarie telah melepaskan peserta larian kemerdekaan yang disertai oleh kakitangan daripada pelbagai peringkat umur. Kibaran jalur gemilang telah dibuat dalam program ini serta perbarisan kemerdekaan telah dilakukan oleh peserta-peserta. Baca selanjutnya...
NEGERI SEMBILAN DINOBAT JUARA KESELURUHAN MULTAQA MAHKAMAH SYARIAH 2023 (𝐌𝐔𝐌'𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟑)
24-27 Ogos 2023 | Program Multaqa Mahkamah Syariah 2023 (MuM'S 2023) berlangsung dengan jayanya dari 24 hingga 27 Ogos 2023 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 14 kontinjen telah menyertai program berprestij ini dengan mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi dan kematangan dalam bersukan. Tujuan MuM’s 2023 ialah untuk menyemarakkan lagi gaya hidup sihat dan menggalakkan kecemerlangan dalam perkhidmatan di kalangan warga Mahkamah Syariah.
15 acara telah dipertandingkan seperti menembak, memanah, ping pong, bowling, badminton, bola tampar, bola jaring, futsal, sepak takraw, petanque, larian jarak jauh, karom, golf, bola baling dan dart. MuM’S 2023 tidak hanya membantu memupuk semangat sukan di kalangan atlet, bahkan juga mewujudkan suasana persaingan yang sihat dan mengeratkan hubungan antara kontinjen dikalangan warga JKSM/JKSN/MSN. Baca selanjutnya...