MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 1445H

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 1445H

28 September 2023 | Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) yang
diwakili oleh 50 orang kakitangan telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul
peringkat Negeri Sembilan 1445H pada 28 September 2023 yang berlangsung di
Padang Majlis Bandaraya Seremban.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku
Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta putera baginda
Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz berangkat menyertai
perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di padang Majlis Bandaraya Seremban
pagi ini.
Turut memeriahkan perarakan kali ini ialah barisan kepimpinan kerajaan negeri
diketuai Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan 76 kontinjen melibatkan kirakira 4,500 peserta daripada agensi kerajaan dan swasta, Institut Pengajian Tinggi
Awam dan swasta serta sekolah, golongan kurang upaya (OKU).
Semoga Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan ini dapat menambahkan rasa
kecintaan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Skip to content