Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Sembilan 2024 telah diadakan pada 27 November 2024 bertempat di Klana Resort, Seremban. Majlis Pentauliahan ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Pengerusi MAINS telah menegaskan pentingnya pematuhan etika kepeguaman kepada para peguam syarie agar integriti seiring dengan khidmat guaman yang diberikan di Negeri Sembilan khasnya.
Seramai 83 orang penerima tauliah telah menghadiri majlis ini. Turut hadir sama adalah Ahli Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Tatatertib Negeri Sembilan, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Negeri Sembilan serta ibu bapa penerima tauliah tersebut.