29-30 Ogos 2024 – Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan telah menganjurkan Kursus Touch Typing yang bertempat di Klana Resort, Seremban. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JKSNS yang berminat.
Objektif Kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta berkaitan dengan teknik-teknik untuk meningkatkan kelajuan menaip, mempelajari strategi untuk meningkatkan ketepatan menaip dan strategi dalam Touch Typing yang boleh mengurangkan kesilapan dalam menaip.
Kursus ini telah diajar oleh tenaga pengajar yang bertauliah dan berkemahiran tinggi dalam bidang ini, iaitu Pn. Razitah binti Sulaiman. Selain daripada mempelajari teori yang berkaitan dengan teknik menaip laju, para peserta juga telah didedahkan dengan latihan menaip laju yang komprehensif.
Kursus ini diakhiri dengan penyampaian sijil kepada semua peserta yang hadir dan disampaikan oleh YAA Dato’ Kamal Bashah bin Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan.