KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SEMBILAN KE ATAS KETUA POLIS DAERAH JELEBU

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. KUNJUNGAN HORMAT KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SEMBILAN KE ATAS KETUA POLIS DAERAH JELEBU
Jelebu , 28 November 2023 – YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDH DSP Maslan Bin Udin , Ketua Polis Jelebu telah bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, petang tadi. Kunjungan hormat turut diiringi oleh Tuan Japri Bin Bahari, Penyelidik Kanan dan Tuan Muhammad Jimmy Bin Muhammad Azlin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Jelebu. Tujuan kunjungan hormat diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara JKSNS dan PDRM. Turut hadir pegawai-pegawai kanan IPD Jelebu iaitu ASP Norzul Ain Binti Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, ASP Goh Kay Lun, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, ASP Varaa Letchumy A/P Jayapalam, Ketua Bahagian Lojistik Daerah, Insp Supiah Binti Ishak, cawangan Pelesenan dan Insp Mohd Zairi Bin Zakaria ,Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.  
Skip to content