KUNJUNGAN HORMAT KE PERPUSTAKAAN NEGERI SEMBILAN

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. KUNJUNGAN HORMAT KE PERPUSTAKAAN NEGERI SEMBILAN

18 Januari 2024 | Kunjungan hormat oleh Ketua Pendaftar JKSNS ke Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah diadakan pada 18 Januari 2024. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Puan Hajah Jamilah@ Chumila binti Haji Katis telah sudi menerima kunjungan hormat tersebut.

Antara tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjalinkan kerjasama antara JKSNS dengan PPANS. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh urus setia Unit Inovasi JKSNS untuk mendapatkan info mengenai kemudahan e-sukan yang disediakan oleh PPANS. Semoga kerjasama ini akan dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua jabatan pada masa hadapan.

Skip to content