KARNIVAL LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH TAHUN 2023

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. KARNIVAL LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH TAHUN 2023

2 OKTOBER 2023 | Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) telah menganjurkan
Karnival Literasi Undang-undang Syariah Tahun 2023. Program Karnival Literasi Undangundang ini merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi bertujuan untuk mendekati
masyarakat dan menjadikan institusi Mahkamah Syariah lebih inklusif. Karnival yang telah
memasuki edisi ke-6 pada tahun ini, telah memilih Daerah Tampin sebagai tuan rumah dan
telah diadakan di Dewan Perdana, Majlis Daerah Tampin dengan tema “Keganasan Rumah
Tangga: Usah Lemah Bangkit Bermaruah.”
Karnival ini telah berjaya menarik lebih 500 orang peserta daripada seluruh daerah Tampin.
Seramai 2 orang penceramah berpengalaman turut dijemput untuk berkongsi ilmu berkaitan
tema ini iaitu Tuan Haji Muhammad Izuddin bin Ghazali, Pegawai Psikologi , Kementerian
Belia dan Sukan dan Tuan Syamsul Amri Bin Ismail (Syamsul Debat).
Perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Tunku
Besar Tampin. YTM dalam sabdanya mengingatkan masyarakat bahawa keganasan
rumahtangga adalah perbuatan tidak bertamadun terhadap wanita ataupun lelaki. Justeru,
usaha untuk mengekang masalah ini adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh
semua pihak di setiap peringkat bermula dengan diri sendiri, pasangan, keluarga, rakan
sekerja, komuniti dan negara. YTM bersabda bahawa pentingnya peranan Mahkamah Syariah
dalam mendepani isu keganasan rumahtangga ini bagi pihak-pihak yang menjadi mangsa
yang hadir ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Kreadibiliti dan kompetensi para
hakim Hakim Syarie terutamanya di Negeri Sembilan amat tinggi dalam memberikan
keadilan sewajarnya.
Selain itu juga, karnival ini turut mengadakan ruang pameran daripada beberapa agensi
kerajaan dan swasta seperti MAINS, JHEAINS, JKM, JBG, PDRM, LPPKN, KWSP, AnSar dan Bank
Islam. Melalui pameran ini orang ramai berpeluang mendapatkan maklumat secara terus
berkaitan dengan permasalahan mereka melalui kaunter-kaunter tersebut.
Semoga dengan usaha dan kerjasama berterusan antara semua pihak kini, kes keganasan
rumah tangga dapat dikurangkan.

Skip to content