Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan Data Terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk perkongsian maklumat yang boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.
Definisi Data Terbuka: Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma dan Syarat Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 berikut :
Terma & Syarat Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.
*ARTIKEL INI TELAH DIKEMASKINI PADA 10 APRIL 2023