BENGKEL KIK JKSNS 2023

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. BENGKEL KIK JKSNS 2023

13-15 MAC 2023 | Unit Inovasi JKSNS telah mengadakan BENGKEL KIK JKSNS 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 13 Mac hingga 15 Mac 2023. Puan Rozila binti Rafie telah diundang sebagai penceramah. Bengkel ini telah melibatkan 14 orang ahli KIK JKSNS. Tujuan diadakan bengkel sebagai persiapan sebelum menyertai Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 yang bakal diadakan dari 22 Ogos hingga 24 Ogos 2023.

noodlemagazine noodlemagazine

Selain itu, fokus bengkel tertumpu kepada penyediaan dokumentasi dan penekanan terhadap aspek pemarkahan. YA Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin telah sudi merasmikan penutupan bengkel dan menyampaikan penghargaan kepada penceramah. Dalam ucapannya, pihak jabatan berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli KIK dan mengharapkan objektif penganjuran tercapai. Selain itu, pihak jabatan akan memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada ahli KIK atas sumbangan yang telah diberikan dan berharap agar kumpulan KIK Jabatan Berjaya.

Skip to content