๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—๐—ž๐—ฆ๐—ก๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ “๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐—ก๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—œ”

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—๐—ž๐—ฆ๐—ก๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ “๐—ž๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ง๐—จ๐—ก๐—”๐—œ ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—œ”

SENDAYAN, 10 Jun 2025 bersamaan 13 Dzulhijjah 1446H โ€“ Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi JKSNS (KEJASA) hari ini telah menganjurkan Program Tautan Kasih JKSNS 2025 bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang ini mengangkat tema “Korban Ditunai, Kasih Disemai”, menyerlahkan semangat gotong-royong dan keprihatinan dalam kalangan warga jabatan.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan ibadah korban dalam suasana kebersamaan serta mengukuhkan jalinan kasih sayang sesama warga JKSNS dan golongan yang memerlukan.

Atur cara program dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan sesi sembelihan yang disaksikan oleh YDP KEJASA Tuan Azmi bin Aziz di pusat sembelihan bagi penyerahan akad peserta korban JKSNS 2025 kepada pihak sembelihan. Seterusnya aktiviti melapah dua ekor lembu tersebut telah dibuat secara bergotong-royong di ibu pejabat JKSNS yang dibahagikan kepada dua pasukan. Semangat kerjasama jelas terpancar apabila semua peserta, tanpa mengira pangkat, berganding bahu melaksanakan tugas melapah dan membungkus daging korban.

Daging korban kemudiannya dibahagikan kepada dua kategori utama: bungkusan untuk peserta korban dan bungkusan khusus untuk golongan asnaf. Ini menunjukkan komitmen JKSNS dalam memastikan agihan daging korban sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Majlis agihan daging korban telah disempurnakan oleh Yang Amat Arif (YAA) Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan dan Puan Ketua Pendaftar Agihan dengan agihan dibuat kepada asnaf sekitar sendayan dan kepada seluruh warga JKSNS di ibu pejabat dan di daerah.

Program diakhiri dengan sesi bergambar kakitangan JKSNS bersama YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan bagi merakamkan kenangan indah program yang penuh keberkatan ini. Program Tautan Kasih JKSNS 2025 bukan sahaja berjaya melunaskan ibadah korban, malah turut menyemai nilai-nilai murni seperti kerjasama, kasih sayang, dan keprihatinan dalam kalangan seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Semoga ibadah korban pada tahun ini diterima Allah SWT. InsyaAllah.

K1
K1
K3
K3
K4
K4
K5
K5
K7
K7
K6
K6
Skip to content