π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 π—¦π—¨π— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—”π—Ÿπ—”π—§π—”π—‘ π—¦π—¨π—žπ—”π—‘ 𝗬𝗕 π—¦π—˜π—‘π—”π—§π—’π—₯ π—§π—œπ— π—•π—”π—Ÿπ—”π—‘ π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—• π—žπ—˜π—•π—”π—π—œπ—žπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—₯π—˜π—žπ—₯π—˜π—”π—¦π—œ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—›π—”π—žπ—œπ— π—”π—‘ 𝗦𝗬𝗔π—₯π—œπ—”π—› π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘ (π—žπ—˜π—π—”π—¦π—”)

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. π—£π—˜π—‘π—¬π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 π—¦π—¨π— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—”π—Ÿπ—”π—§π—”π—‘ π—¦π—¨π—žπ—”π—‘ 𝗬𝗕 π—¦π—˜π—‘π—”π—§π—’π—₯ π—§π—œπ— π—•π—”π—Ÿπ—”π—‘ π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—• π—žπ—˜π—•π—”π—π—œπ—žπ—”π—‘ 𝗗𝗔𝗑 π—₯π—˜π—žπ—₯π—˜π—”π—¦π—œ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑…

30 September 2024 | Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (KEJASA JKSNS) telah menerima sumbangan peralatan sukan daripada YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Satu majlis penyerahan peralatan sukan tersebut telah diadakan di Kompleks Kehakiman Syariah di Sendayan dan telah disaksikan oleh Ketua Hakim Syarie JKSNS iaitu YAA Dato’ Hj. Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin dan Pegawai Penyelidik Kanan JKSNS Tuan Japri Bahari.

Simbolik penyerahan sumbangan peralatan tersebut telah disampaikan sendiri oleh YB Senator Dr. kepada YDP Kelab KEJASA JKSNS, YBrs. Dr. Zulzaidi Mahmod dan Tim. YDP KEJASA Tuan Rifaudin Abd Wahab. Untuk Rekod Kontinjen Negeri Sembilan telah dinobatkan johan keseluruhan Multaqa Mahkamah Syariah pada tahun 2023 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

YB Senator juga turut dibawa melihat dewan Mahkamah, Pejabat Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Pejabat Unit Pendaftaran dan Unit Sulh. YB senator juga dibawa melihat kamar Sulh JKSNS yang digunakan oleh Pegawai Sulh bagi mengendalikan prosiding Sulh bersama pihak-pihak yang bertikai dan telah diberikan penerangan tatacara pengendalian Sulh berpandukan undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan.

Pihak KEJASA JKSNS mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atas sumbangan yang telah diberikan kepada KEJASA.

π™†π™€π™‡π˜Όπ˜½ π™†π™€π™…π˜Όπ™Žπ˜Ό π™…π™†π™Žπ™‰π™Ž

P1
P1
P2
P2
P3
P3
P4
P4
P5
P5
P6
P6
Skip to content