π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—ͺ𝗔𝗖𝗔𝗑𝗔 π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—›π—”π—žπ—œπ—  𝗦𝗬𝗔π—₯π—œπ—˜ π—π—žπ—¦π—‘π—¦ π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› 𝗣π—₯π—’π—™π—˜π—¦π—œπ—’π—‘π—”π—Ÿπ—œπ—¦π— π—˜ π—žπ—”π—žπ—œπ—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—ͺ𝗔𝗖𝗔𝗑𝗔 π—žπ—˜π—§π—¨π—” π—›π—”π—žπ—œπ—  𝗦𝗬𝗔π—₯π—œπ—˜ π—π—žπ—¦π—‘π—¦ π—£π—˜π—₯π—žπ—¨π—žπ—¨π—› 𝗣π—₯π—’π—™π—˜π—¦π—œπ—’π—‘π—”π—Ÿπ—œπ—¦π— π—˜ π—žπ—”π—žπ—œπ—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) telah menganjurkan Majlis Wacana Ketua Hakim Syarie yang berlangsung di Arena Premier Boutique Hotel. Majlis tersebut dimulakan dengan alunan Asma al-Husna, nyanyian lagu Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) dan bacaan doa oleh En. Nur Ekhsan Abu Kassim.

Pengarah Program merangkap Yang Dipertua KEJASA JKSNS, YBrs. Dr. Zulzaidi Mahmod dalam ucapan aluannya berkata, program ini merupakan platform terbaik untuk mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan tertinggi dengan kakitangan jabatan. Ucapan penghargaan juga diucapkan kepada kakitangan yang hadir dalam program yang telah dirancang.

Majlis diteruskan lagi dengan Wacana Ketua Hakim Syarie dengan ucapan daripada YAA Dato’ Haji Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie JKSNS. YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie dalam amanatnya menekankan kepentingan profesionalisme dalam perkhidmatan Kehakiman Syariah. Majlis ini juga bukan sekadar wadah pertemuan, tetapi merupakan manifestasi komitmen JKSNS dalam memastikan perkhidmatan Kehakiman Syariah yang cemerlang.

Majlis yang dihadiri seramai 70 orang kakitangan JKSNS ini turut menyaksikan upacara menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972. Dalam majlis yang sama, beberapa kakitangan JKSNS turut menerima sijil penghargaan KEJASA atas sumbangan cemerlang mereka dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Majlis seumpama ini dijangka akan diteruskan pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan JKSNS dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan Kehakiman Syariah di Negeri Sembilan.

wacana1
wacana1
wacana2
wacana2
wacana3
wacana3
wacana4
wacana4
wacana5
wacana5
Skip to content