๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐——๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

3 Januari 2025 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana, JKSNS. Seramai 30 orang Pegawai dan Kakitangan yang terdiri daripada Pegawai Syariah dan Penolong Pendaftar JKSNS telah menghadiri Majlis tersebut.

Majlis Kali ini membawa tema “Memperkukuhkan Keadilan dan Integriti” telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Kamal Bashah bin Ahmad Tajuddin, Ketua Hakim Syarie JKSNS. Majlis ini antara lainnya turut bertujuan meraikan semua Pegawai Syariah dan Penolong Pegawai Syariah yang selama ini menjadi tunjang kepada pelaksanaan keadilan di Mahkamah.

Sebagai penghargaan, Majlis ini juga telah memberi peluang kepada Hakim Utama Tinggi Syariah, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah, Ketua Pendaftar, Ketua Unit SBSK, Ketua Unit Sulh, Pendaftar dan Penolong Pendaftar untuk menyampaikan ucapan.

Kemuncak majlis ini adalah ucapan dasar YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie JKSNS di mana beliau telah menggariskan beberapa langkah dan pendekatan yang boleh diambil untuk memperkukuhkan keadilan dan integriti di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan sebagai visi untuk Tahun 2025.

Semoga dengan adanya Majlis ini dapat memberikan suntikan semangat yang berterusan khususnya kepada Pegawai Syariah dan Penolong Pegawai Syariah.

LS2025 1
LS2025 1
LS2025 2
LS2025 2
LS2025 3
LS2025 3
LS2025 4
LS2025 4
LS2025 5
LS2025 5
LS2025 6
LS2025 6
LS2025 7
LS2025 7
Skip to content