π—π—žπ—¦π—‘π—¦ π— π—˜π—‘π—˜π—₯π—œπ— π—” π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—œπ—Ÿπ— π—œπ—”π—› 𝗗𝗔π—₯π—œπ—£π—”π——π—” π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—œ π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—­π—”π—œπ—‘π—”π—Ÿ π—”π—•π—œπ——π—œπ—‘ (π—¨π—‘π—œπ—¦π—­π—”)

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. π—π—žπ—¦π—‘π—¦ π— π—˜π—‘π—˜π—₯π—œπ— π—” π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—œπ—Ÿπ— π—œπ—”π—› 𝗗𝗔π—₯π—œπ—£π—”π——π—” π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—œ π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—­π—”π—œπ—‘π—”π—Ÿ π—”π—•π—œπ——π—œπ—‘ (π—¨π—‘π—œπ—¦π—­π—”)

19 Jun 2025 | JKSNS telah menerima lawatan pelajar daripada Persatuan Mahasiswa Pentadbiran Islam dan Syariah (PERISYA) UNISZA yang terdiri daripada 23 orang pelajar dan 2 pengiring.

Tujuan lawatan Ilmiah Program Justice On The Move 2025 ini adalah berkaitan prosiding kes dan perundangan mahkamah Syariah di Negeri Sembilan.

Pelajar berpeluang mengikuti kes perbicaraan di dewan bicara mahkamah rendah Syariah, mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Hamizan bin Mohd Nor, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, perkongsian perjalanan kes oleh Tuan Mohd Ihsan bin Mohamad Daud, Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Pelajar juga diberi taklimat berkaitan Majlis Sulh dan perjalanan Sulh serta skop kerjaya pegawai Syariah yang disampaikan oleh Dr Zulzaidi bin Mahmod, Ketua Unit Sulh.

Lawatan ilmiah ini diharap memberi pendedahan yang lebih jelas tentang bidang kuasa di mahkamah Syariah serta kefahaman orang awam berkaitan instituti kehakiman Syariah.

1
1
2
2
3
3
4
4
5
5
Skip to content