17 Jun 2025 – Lima (5) orang pegawai daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) iaitu Puan Yuhanis binti Yusop (Hakim Kanan MRS Seremban), Tuan Khairil Hafiz bin Nazari (Hakim MRS Port Dickson), Puan NurβAisyah Binti Sharin (Pembantu Dewan MRS Seremban), Encik Mohd Hafeez Bin Abu Bakar (Pembantu Dewan MTS Seremban) dan Puan Norhazila binti Mohd Rathi (Pembantu Dewan MRS Port Dickson) telah menghadiri Bengkel Modul e-Faraid Sistem e-Syariah Versi 3 (eSV3) Siri 1 yang melibatkan Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah.
Bengkel anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ini telah berlangsung pada 17 Jun 2025 bertempat di Bilik Latihan, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Aras 4, Blok C, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Bengkel ini bertujuan memperkasakan pelaksanaan sistem e-Faraid dalam menyokong pengurusan kes faraid secara digital dan efisien.










Users Today : 239
Total views : 9983927
Who's Online : 0
Your IP Address : 18.97.9.171