𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‡π€πŠπˆπŒπ€π π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€π πŠπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‡π€πŠπˆπŒπ€π π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

  1. Home
  2. »
  3. Berita
  4. »
  5. 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‘π‰π€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‡π€πŠπˆπŒπ€π π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€π πŠπ„ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π‡π€πŠπˆπŒπ€π π’π˜π€π‘πˆπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

4 Jun 2025 | Kuala Terengganu : Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh budaya inovasi dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kehakiman syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu (JKSTR) pada 4 Jun 2025.

Lawatan ini merupakan antara program utama di bawah Unit Inovasi JKSNS bagi tahun 2025. Rombongan seramai 36 orang ini diketuai oleh Yang Arif Tuan Zulfikri bin Yasoa’, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan. Turut serta ialah Puan Siti Maszuriyati binti Aziz, Ketua Pendaftar, ahli kumpulan daripada tiga kumpulan KIK JKSNS – Auxilium Legalis, Carnelian dan D’Pioneer – serta Unit Inovasi dan beberapa pegawai JKSNS.

Delegasi JKSNS telah disambut oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu, Yang Amat Arif Dato’ Rosdi bin Harun yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan. YAA Dato’ turut menyentuh berkenaan aspirasi JKSTR dalam membudayakan inovasi dan transformasi pentadbiran. Ketua Pendaftar JKSTR, Puan Noor Afzan binti Adam, telah berkongsi maklumat berkaitan program KIK di peringkat jabatan dari tahun 2012 sehingga sekarang termasuk pendekatan pelaksanaan, strategi dokumentasi, pengurusan data serta pencapaian jabatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Lawatan ini turut memberi ruang kepada peserta untuk meneliti secara lebih dekat amalan-amalan terbaik yang diterapkan oleh JKSTR, sekali gus memberi inspirasi dan input berguna kepada ahli KIK JKSNS menjelang penyertaan Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos akan datang.

Secara keseluruhan, lawatan ini telah memberi nilai tambah yang besar kepada peserta, bukan sahaja dari sudut ilmu dan pengalaman, tetapi juga dari segi jalinan hubungan profesional antara kedua-dua jabatan. Terima kasih diucapkan kepada JKSTR atas kesudiaan menerima kunjungan dan atas layanan yang baik kepada JKSNS.

WhatsApp Image 2025 06 05 at 7.10.31 AM (1)
1
WhatsApp Image 2025 06 05 at 7.10.30 AM
2

Skip to content