MAJLIS SULH

Soalan 1:

Apakah Majlis Sulh?

Jawapan : 

Majlis perbincangan bersama di antara Plaintif dengan Defendan dengan dipengerusikan oleh Pegawai Sulh mengikut Manual Kerja Sulh. Secara amnya Sulh merupakan penyelesaian suatu pertikaian antara pihak yang bertikai dalam sesuatu isu dengan cara persetujuan bersama antara mereka sendiri dan bukannya diputuskan oleh pihak ketiga.

Soalan 2:

Bilakah Majlis Sulh diadakan?

Jawapan : 

Majlis Sulh berlaku selepas proses pendaftaran mengikut kes-kes yang telah ditetapkan dan pada tarikh yang ditetapkan.

Soalan 3:

Adakah semua tuntutan atau permohonan mesti melalui Majlis Sulh?

Jawapan : 

Tidak, hanya beberapa kes sahaja yang wajib melalui Majlis Sulh iaitu:-

  • Tuntutan hadhanah
  • Tuntutan nafkah Anak/Eddah/Isteri
  • Tuntutan Harta Sepencarian
  • Tuntutan Muta`ah
  • Tuntutan Gantirugi Pertunangan/Perkahwinan
  • Tuntutan Mas Kahwin
  • Tuntutan Isteri Kembali Taat
  • Tuntutan Perintah Suami Tinggal Bersama Semula
  • Tuntutan Hak Tempat Tinggal

 

Soalan 4:

Adakah pihak Plaintif dan Defendan wajib melalui Majlis Sulh walaupun pihak-pihak tersebut tetap ingin meneruskan perbicaraan?

Jawapan : 

Ya,pihak-pihak mesti melalui proses Majlis Sulh dan hadir pada tarikh yang ditetapkan.

Soalan 5:

Sekiranya Majlis Sulh ini Berjaya, adakah tindakan selanjutnya?

Jawapan : 

Persetujuan yang dicapai hasil Majlis Sulh tersebut akan diendorskan di hadapan Hakim untuk ditandatangani. Oleh itu, Perintah yang dikeluarkan hasil Majlis Sulh adalah sama dengan perintah Mahkamah bagi kes yang melalui proses perbicaraan.Sekiranya terdapat pihak yang gagal mematuhi perintah tersebut tindakan selanjutnya boleh diambil serupa dengan kes yang selesai melalui perbicaraan.

Soalan 6:

Sekiranya Majlis Sulh ini pula gagal, apakah langkah seterusnya?

Jawapan : 

Pendaftar akan menetapkan tarikh sebutan dan perbicaraan kes tersebut.

Soalan 7:

Sekiranya Majlis Sulh ini pula gagal, apakah langkah seterusnya?

Jawapan : 

Majlis Sulh membantu pihak-pihak menyelesaikan masalah secara baik di samping menjimatkan masa Mahkamah dan pihak-pihak yang bertikai tanpa melalui proses perbicaraan yang panjang.