'IDDAH

Apakah ‘iddah?Apakah tujuan 'iddah? Berapakah jenis dan tempoh ‘iddah yang telah ditentukan Syarak?

Jawapan : 

‘Iddah ialah tempoh menunggu yang telah ditetapkan Syarak selepas berlakunya perceraian  samaada secara cerai mati atau hidup. Tujuan ‘iddah adalah bagi menentukan nasab, memelihara kehormatan diri dan memastikan rahim bersih daripada kandungan.

Jenis-jenis ‘iddah:-

  • Kerana kematian
  • Kerana perceraian

1.1 Kerana Kematian

  • Jika perempuan  mengandung semasa kematian suaminya maka ‘iddahnya berakhir dengan kelahiran anaknya, sama ada ‘iddah itu mengambil masa yang panjang atau pendek,
  • Jika isteri tidak mengandung, ‘iddahnya ialah 4 bulan 10 hari

1.2 Kerana penceraian

  • Bagi perempuan yang mengandung,’iddahnya berakhir dengan kelahiran anak yang dikandung
  • Bagi perempuan yang tidak mengandung dan belum putus haid maka ‘iddahnya ialah 3 kali suci
  • Bagi perempuan yang tiada haidh, sama ada masih kecil atau telah putus haid, maka ‘iddahnya adalah setelah berakhirnya 3 bulan selepas perceraian.
  • Perempuan yang belum disetubuhi tidak wajib bereddah.