PELANGGAN YANG INGIN MENDAFTARKAN KES DI MAHKAMAH SYARIAH HENDAKLAH MEMASTIKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT DIPATUHI :
  • Pastikan pelanggan adalah bermukim/bermastautin dalam bidang kuasa tempatan mahkamah masing-masing dikenalpasti melalui butiran-butiran berikut:

» Kad Pengenalan
» Resit Pengenalan Sementara
» Surat Pengesahan Qaryah (daripada Penghulu, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Ketua Pemuda, Ketua Persatuan Penduduk di Taman Perumahan).

         (Pastikan semua butir-butir perlu bagi setiap Pendaftaran Kes Mal telah lengkap dan ditandatangani.)

  • Membayar wang/fee secara tunai seperti yang tetapkan.
  • Kes yang menggunakan khidmat peguam hendaklah disertakan dengan memorandum perlantikan peguam, wakalah, salinan sijil peguam syar’ie dan fee secukupnya.
  • Pemohon hendaklah menyatakan dengan jelas dan khusus peruntukan undang-undang yang mana yang ingin dituntut di Mahkamah.

    -“Contoh bagi kes fasakh disebabkan oleh suami telah cuai atau telah tidak mengadakan nafkah selama tempoh 3 bulan ialah Seksyen 53(1) (b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 “.

          -Tuntutan mut’ah ialah seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

PENGKLASIFIKASIAN KES-KES SAMAN DAN PERMOHONAN

A. Kes-kes Saman

  • Tuntutan Penceraian
  • Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai
  • Tuntutan Pengesahan Rujuk
  • Tuntutan Cerai Ta'liq
  • Tuntutan Cerai Fasakh
  • Tuntutan Nafkah Isteri/Anak
  • Tuntutan Mut'ah
  • Tuntutan Nafkah Iddah
  • Tuntutan Hadhanah

 B. Kes-kes Permohonan

  • Permohonan Pengesahan Nikah
  • Permohonan Pengesahan Nikah Poligami
  • Permohonan Wali Hakim
  • Permohonan Keluar Islam
  • Perintah Tegahan
  • Notis Tunjuk Sebab
  • Injunksi
  • Permohonan Ex-Parte
  • Bertindak sebagai orang miskin