BIDANGKUASA KES FARAID ADALAH SEPERTI BERIKUT :

 I. Nilai harta pusaka melebihi RM100,000.00 - Bagi nilai pusaka yang melebihi RM100,000.00 permohonan hendaklah difailkan/didaftarkan terus ke Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan.

II. Nilai harta pusaka tidak melebihi RM100,000.00 - Bagi nilai pusaka simati yang di bawah RM100,000.00, permohonan hendaklah difailkan/didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah di daerah di mana pemohon tinggal.

 

BUTIR-BUTIR PERLU ADA DALAM SETIAP PENDAFTARAN KES FARAID :

Permohonan Persendirian/Peguam

a. Borang Permohonan Pendaftaran Kes Faraid

b. Salinan Kad Pengenalan Pemohon

c. Salinan Kad Pengenalan Waris-waris

d. Salinan dokumen berkaitan harta

e. Jumlah Keseluruhan Harta Pusaka