PROSES MAJLIS SULH

Terdapat beberapa peringkat Prosedur Kerja Sulh merujuk kepada Manual Kerja Sulh atau Kaedah Tatacara Sulh iaitu:-

1) Kes Didaftarkan di Mahkamah

2) Pendaftar Menilai Kes Yang Boleh Sulh akan diagihkan kepada Pegawai Sulh

3) Tarikh Majlis Sulh akan ditetapkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh pendaftaran kes.

4) Notis Kehadiran Majlis Sulh dikeluarkan kepada pihak-pihak

5) Majlis Sulh diadakan pada tarikh yang ditetapkan dengan kehadiran kedua-dua pihak di hadapan Pegawai Sulh

Berdasarkan Manual Kerja Sulh/Kaedah Tatacara Sulh telah menerangkan garis panduan bagaimana Majlis Sulh akan dijalankan iaitu:-

(i) Kenyataan Awal (Al Ta’arruf) Pegawai Sulh

- Mulakan dengan bacaan al-fatihah dan doa

- Perkenalkan diri

- Menerangkan matlamat dan peraturan sulh

- Kerahsiaan segala yang dibincangkan dalam Majlis Sulh tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak

(ii) Pembentangan Awal pihak yang bertikai

Pihak Plaintif untuk membentangkan apa yang dipertikaikan serta cadangan untuk menyelesaikannya

Pihak Defendan untuk membentangkan apa yang dipertikaikan serta cadangan untuk menyelesaikan masalah ini

(iii) Perbincangan Bersama untuk membincangkan cara penyelesaian

(iv) Jika tiada penyelesaian, Pegawai Sulh boleh membuat Pertemuan Sebelah Pihak (KAUKUS)

(v) Perundingan Bersama

(vi) Keputusan Majlis Sulh :-

KES SULH BERJAYA : Jika ada persetujuan bersama, Pegawai Sulh akan menderaf Perjanjian Penyelesaian dan pihak-pihak akan menandatangani perjanjian tersebut di hadapan Pegawai Sulh dan disampaikan kepada Hakim untuk diendorskan sebagai Perintah Mahkamah.

KES SULH GAGAL : Jika tiada persetujuan bersama, kes tersebut akan diserahkan kembali kepada Mahkamah untuk dibicarakan di hadapan Hakim.

PROSES KERJA & CARTA ALIRAN SULH

Merujuk Arahan Amalan No.7 Tahun 2015 

  1. Lampiran A1
  2. Lampiran A2
  3. Lampiran B1
  4. Lampiran B2

TEMPOH PENYELESAIAN KES SULH

Tempoh penyelesaian kes adalah tidak lebih 2 bulan. Ini bermakna dalam tempoh 2 bulan, kes tersebut mesti diselesaikan di peringkat Majlis Sulh. Berbanding proses perbicaraan ia tidak menetapkan tempoh penyelesaian sesuatu kes kerana ia bergantung dan terikat dengan prosedur-prosedur tertentu.