header2

PENGUMUMAN

 

 

 

 BORANG-BORANG HAKAM BOLEH DIDAPATI DI PAUTAN INI

 

 

 

  ARAHAN KETUA HAKIM SYARIE BIL. 3 TAHUN 2019 - BIDANGKUASA MAHKAMAH BAGI KES PERMOHONAN PERNIKAHAN BAWAH UMUR TELAH DIMUATNAIK DI PERKHIDMATAN --> PEKELILING/ARAHAN AMALAN --> PEKELILING --> ARAHAN KETUA HAKIM SYARIE JKSNS

 

 

 

 

 SENARAI BAYARAN BORANG DAN FEE MAHKAMAH 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

FARAID

Soalan 1:

Apakah Faraid dan Sijil Faraid?

Jawapan : 

Faraid merupakan pembahagian harta seseorang yang meninggal dunia kepada ahli waris yang berhak mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Selepas kematian seseorang, ahli waris boleh mendapatkan Sijil Faraid. Sijil Faraid atau perakuan ahli waris ialah satu sijil atau perakuan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah berhubung dengan harta pusaka si mati orang Islam, waris-waris yang berhak dan bahagian masing-masing terhadap harta pusaka itu. Sijil ini mengandungi nialian harta pusaka si mati, nama-nama ahli waris yang berhak dan bahagian masing-masing.

Soalan 2:

Adakah Sijil Faraid ini dikeluarkn kepada semua orang Islam?

Jawapan : 

Sijil Faraid ini hanya dikeluarkan apabila terdapat permohonan daripada waris-waris atau pihak-pihak tertentu yang berhasrat untuk membahagikan harta pusaka si mati mengikut hukum syarak (faraid).

Soalan 3:

Di manakah Permohonan Sijil Faraid ini boleh dibuat?

Jawapan : 

Bagi permohonan yang melibatkan ahli waris berlapis, permohonan perlu dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah, manakala bagi permohonan yang tidak berlapis, permohonan perlu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah. Sebagai contoh, bagi ahli waris yang berlapis, seorang lelaki mati meninggalkan 5 orang anak dan cucu-cucu. Salah seorang anak lelaki tersebut mati selepas kematian lelaki tersebut. Jadi anak kepada lelaki yang mati(cucu) merupakan ahli waris bagi kes tersebut. Didalam kes ini terdapat lapisan ahli waris, iaitu anak dan cucu.

Soalan 4:

Bagaimana pengiraan Faraid dilakukan?

Jawapan : 

Pengiraan Faraid yang dilakukan adalah merujuk kepada Hukum Syarak yang telah ditetapkan. Pengiraan secara umum boleh dibuat di pautan “Kalkulator Faraid” yang terdapat di Portal eSyariah.

CAPAIAN TERUS
  ArkibArkib  
  watchWaktu Urusan Kaunter  
  calculatorKalkulator Faraid  
  jurnalJurnal Hukum  
  AlasanPenghakimanAlasan Penghakiman  
Anda berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
Kunjung Hormat YAA KHS JKSNS Ke Kuliyyah Undang-Undang, UIA
Kunjung Hormat YAA KHS JKSNS Ke Kuliyyah Undang-Undang, UIA
Kunjung Hormat YAA KHS JKSNS Ke Kuliyyah Undang-Undang, UIA
MAJLIS PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE & PANEL HAKAM NS 2019
MAJLIS PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE & PANEL HAKAM NS 2019
MAJLIS PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE & PANEL HAKAM NS 2019
MAJLIS AMANAT YAA KP/KHS JKSM
MAJLIS AMANAT YAA KP/KHS JKSM
MAJLIS AMANAT YAA KP/KHS JKSM
MAJLIS AMANAT YAA KP/KHS JKSM
EXECUTIVE TALK 2019
EXECUTIVE TALK 2019
EXECUTIVE TALK 2019
LAWATAN DAN PENYELIDIKAN KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK
LAWATAN DAN PENYELIDIKAN KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK

Kalendar Aktiviti JKSNS

loader