Kami bersedia memberi perkhidmatan dan layanan mesra, adil dan memuaskan dalam perkara-perkara berikut :

  1. Menetapkan tarikh sebutan/bicara kepada pelanggan pada hari pendaftaran kes setelah maklumat lengkap diperolehi dan fi berkenaan dijelaskan bagi kes mal dan setelah maklumat lengkap difailkan oleh pihak pendakwa.
  2. Menetapkan sebutan sesuatu kes / pertemuan Majlis Sulh dalam masa 21 hari selepas kes didaftarkan.
  3. Mengeluarkan perintah dalam masa 7 hari selepas kes diselesaikan dengan syarat fi berkenaan telah dijelaskan.
  4. Mengeluarkan sijil faraid dalam masa 7 hari selepas dibuat pembahagian hak waris.
  5. Menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya keatas aduan yang diterima, dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
  6. Bil-bil dari pembekal yang telah disahkan diproses pembayarannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh diterima.
  7. Wang jaminan akan dikembalikan dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan diterima dengan mengemukakan resit asal.