Pengenalan:

Seksyen Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diwujudkan melalui waran perjawatan bil A62 tahun 2008. Seksyen Rekod adalah terletak di bawah salah satu seksyen yang terdapat dalam Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR). Seksyen Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia beroperasi secara rasmi bermula pada 15 Ogos 2008 melalui penempatan Ketua Seksyen Rekod di JKSM dan mula beroperasi sepenuhnya selepas membuat pengisian berperingkat bagi 2 jawatan iaitu LS27 dan LS17 di setiap JKSN/MSN pada awal 2009.

Seksyen Rekod kini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah LS48, dibantu oleh Penolong Pengarah Kanan LS44, seorang Penolong Pegawai Arkib S29, seorang Pembantu Arkib S19 dan seorang Pembantu Syariah LS19 yang berada di ibu pejabat iaitu JKSM. Manakala disokong pula oleh 2 kakitangan iaitu Penolong Pegawai Syariah LS29 dan Pembantu Syariah LS19 di setiap JKSN/MSN. Antara peranan 2 orang kakitangan Seksyen Rekod di JKSN/MSN adalah untuk membantu menyelaras dan menambah baik pelaksanaan pengurusan rekod yang diamalkan oleh JKSN/MSN pada masa kini.

Objektif Penubuhan:

  • Mewujudkan dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Memberi Khidmat nasihat kepada warga Jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang lebih sistematik dan berkesan
  • Bertanggungjawab memastikan keseragaman pelaksanaan pengurusan rekod yang berterusan

Misi

Menyimpan, mengesan, memperolehi, menjaga dan memulihara semua warisan khazanah rekod penting JKSNS yang bernilai kebangsaan dan bersejarah kepada JKSM demi rujukan generasi masa kini dan akan datang.

Visi

Menjadikan Sistem Pengurusan Rekod JKSNS teratur dan bersistematik serta menjadi pusat rujukan pengurusan rekod kepada bahagian perundangan dan pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.

Antara Punca kuasa Pengurusan Rekod Kerajaan;

  1. Akta Arkib Negara 2003 ( AKTA 629)
  1. Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Surat Pekeliling Am Bil. 2 1987 – Garis Panduan Pengelasan dan Pengelasan Semula
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 – Panduan pengurusan pejabat (Bab VII – Pengurusan Fail)
  1. Surat Pekeliling Perbendaharaan 4 Tahun 2007 – Buku dan rekod kewangan
  1. Surat Kementerian Kewangan 3 November 1993 – Pelupusan bahan-bahan bercetak atau kertas terpakai
  1. Arahan Jabatan Arkib Negara Bil.10 Tahun 2008 – Pemindahan Rekod Terperingkat ke Jabatan Arkib Negara.
  1. Arahan Teknologi  Maklumat Disember 2007 Bab IV (MAMPU) – Pengurusan Rekod Elektronik
  1. Surat Pekeliling Am Bil.1 tahun 2003 – Pengumpulan dan Pemeliharaan Surat-surat Persendirian Penjawat-penjawat Tinggi Kerajaan di Arkib Negara Malaysia.
  1. Arahan Perkhidmatan (AP), 1974 ( MAMPU) – Panduan Sistem Fail Bagi Agensi-Agensi Kerajaan