W3C DISABILITY ACCESS

Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kelainan Upaya (OKU) / Disability Access.

A) Pengguna cacat penglihatan;

Dapatkan IE Page Reader di sini.

1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.

2. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine . Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

B) Pengguna buta warna;

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan pada ruangan atas sebelah kanan di setiap halaman Laman Web Rasmi JKSNS. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna templet Laman Web Rasmi JKSNS akan berubah serta-merta.

C) Pengguna warga tua;

Bagi pengguna warga tua, Laman Web Rasmi JKSNS ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Laman Web Rasmi JKSNS. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.