header2

  sebutharga       Iklan Tender/Sebut Harga 
  people     Orang Awam
  law Peguam Syarie
  wargajksns     Warga JKSNS
PENGUMUMAN

LAMAN WEB JKSNS SEDANG DALAM PROSES PENYELENGGARAAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT. HARAP MAKLUM.

 

Permohonan Temuduga Peguam Syarie bagi Sesi 2018 telah DITUTUP.

 

AMARAN ANCAMAN BAD RABBIT RANSOMWARE

Rujuk Webmail eSyariah untuk tujuan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

 

 

HADHANAH

Soalan 1:

Apa itu hadhanah?

Jawapan : 

Hak penjagaan anak yang masih kecil, yang tidak boleh menguruskan dirinya selepas ibu bapanya bercerai/berpisah. 

Soalan 2:

Siapakah orang yang berhak menjaga kanak-kanak?

Jawapan : 

Seksyen 81, Akta [303], 

(1) Tertakluk kepada Seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. 

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak daripada mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3),hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan iaitu: 

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas; 
(b) bapa; 
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas; 
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa; 
(e) kakak atau adik perempuan seibu; 
(f) kakak atau adik perempuan sebapa; 
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa; 
(h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu; 
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa; 
(j) emak saudara sebelah ibu; 
(k) emak saudara sebelah bapa; 
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari: 

Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

Soalan 3:

Apakah syarat-syarat menjadi hadinah/penjaga?

Jawapan :  

Seksyen 82, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan bahawa syarat-syarat menjadi hadinah ialah: 

(a) dia adalah seorang Islam; 
(b) dia adalah sempurna akal; 
(c) dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang   diperlukan oleh kanak-kanak itu; 
(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan 
(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Soalan 4: 

Bagaimanakah hendak memfailkan hadhanah di Mahkamah Syariah?

Jawapan : 

Failkan kes di Mahkamah Tinggi Syariah di mana kita bermastautin atau dapatkan khidmat guaman daripada Peguam Syarie di Biro Bantuan Guaman atau swasta.

Anda berpuas hati dengan maklumat yang terdapat di Laman Web Rasmi JKSNS?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Program Literasi JKSNS 2017
Program Literasi JKSNS 2017
Program Literasi JKSNS 2017
Program KOSPEN Plus JKSNS
Program KOSPEN Plus JKSNS
Kursus Team Building Skim Non LS 2017
Kursus Team Building Skim Non LS 2017
Mesyuarat KEJASA 2017
SMS Kali Ke 4
SMS Kali Ke 4
SMS Kali Ke 4
Majlis Jalinan Kasih Lebaran Aidilfitri 2017
Majlis Jalinan Kasih Lebaran Aidilfitri 2017
Majlis Jalinan Kasih Lebaran Aidilfitri 2017
Majlis Iftar dan Khatam al-Quran 2017
Majlis Iftar dan Khatam al-Quran 2017
Majlis Iftar dan Khatam al-Quran 2017
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 12/12/2017
  • Imsak 05:34
  • Subuh 05:44
  • Syuruk 07:07
  • Zohor 13:08
  • Asar 16:31
  • Maghrib 19:06
  • Isyak 20:21

Kalendar Aktiviti JKSNS

loader