header2

PENGUMUMAN

LAMAN WEB JKSNS SEDANG DALAM PROSES PENYELENGGARAAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT. HARAP MAKLUM.

 

Permohonan Temuduga Peguam Syarie bagi Sesi 2018 telah DITUTUP.

 

AMARAN ANCAMAN BAD RABBIT RANSOMWARE

Rujuk Webmail eSyariah untuk tujuan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

 

 

PENCERAIAN

Soalan 1

Apakah makna Perceraian (Talaq)?

Jawapan :

Talaq ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan Al-Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama’. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran), begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talaq raj’ie atau talaq ba’in.

Soalan 2

Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz?

Jawapan :

Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak iaitu antara lain:

i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
ii) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
iii) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

Soalan 3

Setakat manakah bidangkuasa Mahkamah melayani tuntutan perceraian?

Jawapan :

Mahkamah mempunyai bidangkuasa melayani tuntutan perceraian jika:

i. Perkahwinan didaftarkan menurut undang-undang;
ii. Perkahwinan adalah sah mengikut Hukum Syarak; dan
iii. Permohonan hendaklah dikemukakan di tempat tinggal salah satu pihak kepada perkahwinan.

Soalan 4

Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan?

Jawapan :

Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.

i) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah:
- Menyediakan makanan yang sepatutnya.
- Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
- Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
- Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.

ii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.

iii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.

Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.

Soalan 5

Apakah Hak-Hak Suami Isteri Selepas Penceraian?

Jawapan :

Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah selepas sesuatu penceraian berlaku ialah :

a) Nafkah eddah
b) Mut’ah
c) Harta Sepencarian
d) Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
e) Nafkah Anak
f) Tunggakkan Nafkah
g) Hak tempat Tinggal

Soalan 6

Apakah yang dimaksudkan dengan Cerai Takliq dan bagaimana sabitan Takliq boleh berlaku?

Jawapan :

Ta’liq ertinya perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana diperuntukan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Cerai takliq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas takliq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah.

Soalan 7

Apakah yang akan terjadi kepada perkahwinan sekiranya salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain dari Islam?

Jawapan :

Seksyen 46, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] menjelaskan bahawa (1) jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain dari Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah. (2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

Soalan 8 

Apakah perbezaan antara tuntutan kembali taat dan nusyuz?

Jawapan:

Tuntutan kembali taat adalah tuntutan yang dibuat oleh suami terhadap isteri supaya isteri kembali semula ke pangkuan suami, manakala nusyuz pula ialah isteri yang menderhakai suaminya dan mengingkari keta`atan terhadap suami yang diwajibkan oleh Allah.

Istilah Nusyuz hanya dikaitkan dengan tindakan isteri sahaja dan tiada tafsiran berkenaan nusyuz suami. Walaupun terdapat undang-undang yang menyebut mengenai tindakan suami Nusyuz seperti tidak berlaku adil dalam berpoligami,meninggalkan langsung isteri, namun istilah Nusyuz tidak digunakan ke atas suami.

Pada kebiasaannya, tuntutan taat terlebih dahulu dibuat sebelum disabitkaan nusyuz. Jika selepas perintah isteri taat dikeluarkan, isteri masih lagi enggan, maka isteri boleh disabitkan Nusyuz.

CAPAIAN TERUS
  archiveArkib  
  watchWaktu Urusan Kaunter  
  calculatorKalkulator Faraid  
  jurnalJurnal Hukum  
Anda berpuas hati dengan maklumat yang terdapat di Laman Web Rasmi JKSNS?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Program Literasi JKSNS 2017
Program Literasi JKSNS 2017
Program Literasi JKSNS 2017
Program KOSPEN Plus JKSNS
Program KOSPEN Plus JKSNS
Kursus Team Building Skim Non LS 2017
Kursus Team Building Skim Non LS 2017
Mesyuarat KEJASA 2017
SMS Kali Ke 4
SMS Kali Ke 4
SMS Kali Ke 4
Majlis Jalinan Kasih Lebaran Aidilfitri 2017
Majlis Jalinan Kasih Lebaran Aidilfitri 2017
Majlis Jalinan Kasih Lebaran Aidilfitri 2017
Majlis Iftar dan Khatam al-Quran 2017
Majlis Iftar dan Khatam al-Quran 2017
Majlis Iftar dan Khatam al-Quran 2017
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 17/12/2017
  • Imsak 05:36
  • Subuh 05:46
  • Syuruk 07:09
  • Zohor 13:10
  • Asar 16:34
  • Maghrib 19:09
  • Isyak 20:23

Kalendar Aktiviti JKSNS

loader