Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Rasmi  Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Darul Khusus (JKSNS). 

Bersempena dengan kehadiran tahun baru ini,  saya mengucapkan  Selamat Tahun Baharu kepada semua warga  kerja JKSNS,  orang awam   dan   pelanggan-pelanggan  yang  berurusan  dengan Jabatan ini. Laman Web Rasmi   JKSNS yang berwajah baru  ini  mempunyai nilai tambah berbanding   Laman Web Rasmi sebelum ini yang bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan  untuk  kemudahan  semua.  Ia juga sebagai salah satu saluran penyebaran maklumat tentang peranan yang dimainkan oleh   JKSNS  selama ini.

Secara umumnya   JKSNS berperanan  untuk  mentadbir hal ehwal kes-kes Mahkamah Syariah  yang melibatkan orang awam,  untuk mendapatkan keadilan  dan  pembelaan  yang berlunaskan kepada peruntukan undang-undang.   JKSNS sentiasa berusaha    untuk menambah baik sistem penyampaian maklumat kepada semua lapisan masyarakat.  Harapan kami agar Laman Web Rasmi  yang berciri responsif dan lebih fleksibel ini dapat menyumbang dan menarik lebih ramai masyarakat untuk mengakses segala maklumat yang dikehendaki. Maklumat kini di hujung jari anda!

Kami berharap agar Laman Web Rasmi ini dapat membantu pengunjung mendapatkan maklumat yang diingini berkaitan hal ehwal  pentadbiran kes di Mahkamah  Syariah Negeri Sembilan  ini.  Rakan pengunjung  adalah  dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan  yang membina kepada Jabatan ini melalui ruangan Maklum Balas yang disediakan bagi menambahbaik dan mempertingkatkan lagi mutu maklumat di dalam Laman Web Rasmi ini. Selain itu juga saya memohon agar pengunjung  mengundi di bahagian Undian bawah ini bagi mengetahui sejauh mana tahap kepuasan pengunjung terhadap laman web ini.

Sekian dan selamat melayari Laman Web Rasmi Jabatan  Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Darul Khusus, terima kasih.

DATO’ HJ. MOHD. SHUKOR BIN SABUDIN

Ketua Hakim Syarie

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan