Frequently Asked Questions - All FAQs

FAQs - All FAQs

Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat anda bermastautin.

Bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sembilan merangkumi jumlah tuntutan tidak melebihi RM100,000.00.

 (Seksyen 62(2)(b), EPAI NS) 

Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan pula merangkumi jumlah tuntutan melebihi RM100,000.00.

Anda boleh berhubungan dengan Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, di :

 

Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan 

Tingkat 7, Wisma Persekutuan

Jalan Dato’ Abdul Kadir

70000 SEREMBAN

NEGERI SEMBILAN

 

No Telefon

: 06-7630457 / 06-7637230 

Anda boleh mendapatkan borang pendaftaran kes dengan memuat turun borang di Laman Web ataupun mendapatkan di kaunter Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sembilan.

Anda tidak akan dibenarkan berjumpa dan mengadu kepada Hakim bagi mengelakkan ketidakadilan/ berlaku tohmah. Masa untuk berjumpa Hakim ialah apabila kes anda disebut/dibicarakan di dewan Mahkamah semasa Mahkamah bersidang. Sekiranya anda ada urusan berkaitan dengan perbicaraan atau kes, bolehlah berjumpa dengan pihak Pendaftar, Penolong Pendaftar atau Pembantu Pendaftar (berurusan di Kaunter Pendaftaran).

Pihak yang terkilan/ tidak berpuashati dengan keputusan boleh membuat rayuan dengan memfailkan Notis Rayuan dalam tempoh 14 hari daripada hari keputusan itu diumumkan, dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja dan bahagian yang mana keputusan itu yang ingin dirayu.

Peringkat :

  1.   Mahkamah Rendah merayu kepada Mahkamah Tinggi.
  2.  Mahkamah Tinggi merayu kepada Mahkamah Rayuan

Kes Faraid ialah kes yang didaftarkan untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang setelah berlaku kematiannya. Harta pusaka (faraid) terbahagi kepada dua :

i.                 Harta tak alih seperti tanah dan rumah

 

ii.           Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas dan seumpamanya.

Dokumen yang diperlukan ialah :

 

i.                     Borang permohonan yang lengkap ;

 

ii.                   Salinan sijil mati si mati atau surat akuan.

 

iii.                  Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran atau surat akuan.

 

iv.                Salinan geran harta/buku akuan/penyata.

 

v.                  Sijil nilaian harta jika ada. 

 

 

vi.                Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka.

Dokumen yang diperlukan ialah :

 

i.             Borang permohonan yang lengkap ;

 

ii.           Salinan sijil mati si mati atau surat akuan.

 

iii.         Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran atau surat akuan.

 

iv.          Salinan geran harta/buku akuan/penyata.

 

v.            Sijil nilaian harta jika ada. 

 

 

vi.          Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka.