PENGUMUMAN

LAMAN WEB JKSNS SEDANG DALAM PROSES PENYELENGGARAAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT. HARAP MAKLUM.

 

Permohonan Temuduga Peguam Syarie bagi Sesi 2018 telah DITUTUP.

 

AMARAN ANCAMAN BAD RABBIT RANSOMWARE

Rujuk Webmail eSyariah untuk tujuan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

 

 

FASAKH

 

Siapakah yang boleh menuntutfasakh? Apakah sebab-sebab yang membolehkan seseorang menuntutfasakhdan dimana tuntutanfasakhboleh dibuat?

Jawapan 1: 

Sebenarnya,fasakhboleh dituntut oleh isteri atau suami. Sebab-sebab yang membolehkan seseorang menuntut fasakh sebagaimana peruntukan sek.53 Undang-undang Keluarga Islam adalah seperti berikut:-

(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berkahwin mengikut Hukum Syarak berhak mendapat suatu perintah untukfasakhatas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—

(a)bahawa tidak diketahui tempat di mana beradanya suami atau isteri selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b)bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

(c) bahawa suami atau isteri telah dihukum dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh tiga tahun atau lebih;

(d)bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

(e)bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

(f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

(g)bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh waliMujbirnya sebelum dia mencapai umurbaligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

(h)bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain—

(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya;

(ii) berkawan dengan perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;

(iii) memaksa isteri hidup secara lucah;

(iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;

(v) menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

(vi) jika suami mempunyai lebih daripada seorang isteri, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;

(i) bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi persetubuhan belum berlaku kerana suami atau isteri sengaja enggan bersetubuh;

(j) bahawa isteri tidak memberikan izin terhadap perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau apa-apa hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

(k)bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun boleh memberi izin yang sah, ialah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam pengertian Ordinan Sakit Otak 1952[Ord. 31/52.] atau sakit otaknya adalah daripada jenis atau ke takat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

(l)apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagifasakhdi bawah Hukum Syarak.


Tuntutan fasakh tersebut boleh dibuat di Mahkamah Rendah Syariah di Negeri Sembilan.

CAPAIAN TERUS
  archiveArkib  
  watchWaktu Urusan Kaunter  
  calculatorKalkulator Faraid  
  jurnalJurnal Hukum  
Anda berpuas hati dengan maklumat yang terdapat di Laman Web Rasmi JKSNS?
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
  • Votes: (0%)
Total Votes:
First Vote:
Last Vote:
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Program Literasi JKSNS 2017
Program Literasi JKSNS 2017
Program Literasi JKSNS 2017
Program KOSPEN Plus JKSNS
Program KOSPEN Plus JKSNS
Kursus Team Building Skim Non LS 2017
Kursus Team Building Skim Non LS 2017
Mesyuarat KEJASA 2017
SMS Kali Ke 4
SMS Kali Ke 4
SMS Kali Ke 4
Majlis Jalinan Kasih Lebaran Aidilfitri 2017
Majlis Jalinan Kasih Lebaran Aidilfitri 2017
Majlis Jalinan Kasih Lebaran Aidilfitri 2017
Majlis Iftar dan Khatam al-Quran 2017
Majlis Iftar dan Khatam al-Quran 2017
Majlis Iftar dan Khatam al-Quran 2017
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
Ziarah Mahabbah ke JKN Terengganu
  • Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Rembau
  • 15/12/2017
  • Imsak 05:36
  • Subuh 05:46
  • Syuruk 07:08
  • Zohor 13:09
  • Asar 16:33
  • Maghrib 19:08
  • Isyak 20:22

Kalendar Aktiviti JKSNS

loader